Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi ragam anak-anaknya. Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Shahida memaklumkan setiap anak-anak mempunyai ragam berlainan sewaktu menjaga mereka ketika masih kecil. Kongsi Shahida lagi, antara anak-anaknya yang paling susah dijaga adalah Luqman dan Raudhah. “Selelas melahirkan enam orang anak, saya memutuskan Luqman nombor dua paling susah jaga selepas Raudhah.
“Juara Tetap Raudhah, nak masuk tandas pun kena bawa,” tulisnya. Perkongsian Shahida itu disambut baik oleh pengikutnya dan rata-rata mereka juga turut berkongsi cerita yang sama ruangan komen. Antara komen yang diterima: “Hahaha itulah cabaran paling mencabarkan datin, saya dulu buang air besar pun terpaksa bawa, tengah nak teran boleh pula dia ajak bermain,” “Sama anak saya datin, asyik ajak berkepit sahaja. Budak-budak sekarang makin cerdik,” “Saya pernah baca subtittle je masa tengok tv sebab baby telinga lintah. Nak solat ayahnya jaga sekejap pun menangis macam kena dra. Sekarang anak tu pun dah usia 15 tahun,”
Untuk info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, pasangan in dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al – Hakim yang dilahirkan pada April lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.