Gambar-gambar baharu anggota kumpulan BTS iaitu J Hope atau nama sebenarnya, Jeong Ho Seok di sebuah kem tentera Korea Selatan tersebar di internet, lapor portal berita Wion News hari ini. J-Hope bertugas di Divisyen Infantri Ke-36, Kor Baharu Baekho dan dia turut mendapatkan asas latihan tentera di unit tersebut.
Kumpulan gambar baharu tular itu menunjukkan J Hope memakai pakaian seragam tentera dan memegang senjata api. Dalam gambar lain pula, dia dilihat sedang makan tengah hari bersama rakan-rakan pelatih. Sekeping lagi gambar memaparkan dia memberikan isyarat ibu jari bersama senyuman lembut.
Gambar-gambar itu dikongsi melalui aplikasi rasmi tentera, The Camp. Setiap pemuda Korea Selatan perlu menjalani perkhidmatan wajib tentera selama 18 bulan. idak lama selepas gambar itu tular, ramai netizen memberikan komen antaranya: “Dia kelihatan tampan”. “#Hoseok saya, saya sangat berbangga dengan awak,” tulis peminat lain.
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.