Sebelum ini telah tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi, Shila Amzah ke akaun Instagramnya yang membuatkan ramai warganet tertanya-tanya dan berpendapat bahawa hubungannya bersama influencer, Ubai telah putus. Walau bagaimanapun, Shila telah menempelak segala spekulasi mengenai hubungannya bersama Ubai serta menjelaskan bahawa perkara tersebut tercetus disebabkan situasi dirinya yang tidak baik dan bukanlah berpunca daripada kekasihnya itu. “Kesimpulannya hubungan kami okey, cuma saya sahaja yang berada dalam keadaan tidak baik.”
Saya juga ingin menjelaskan bahawa keadaan kurang baik itu bukan disebabkan Ubai. Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” jelasnya. Dalam pada itu, Shila menegaskan tujuan dia memuat naik hantaran tersebut adalah untuk meluahkan rasa kasih terhadap Ubai selepas lima bulan menyulam cinta. Namun, dia berasa pelik apabila ada segelintir pihak yang menganggap statusnya itu seperti memberi bayangan pengakhiran percintaan mereka.
Menurut Shila, ramai yang salah faham terhadap postingnya di Instagram itu yang sebenarnya lebih kepada menghargai Ubai sebaliknya ramai yang jangka mereka telah putus dan memutar belit apa yang ingin disampaikan. “Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun. Perkongsian saya semalam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95% peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut. Ramai menjangka hubungan kami putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan,” ujar Shila.
“All is well, don’t worry,” tulisnya. Shila turut menjelaskan perbuatannya itu bukan untuk mengundang buruk sangka orang ramai lagi-lagi dia memuat naik gambar bersama Ubai. Turut difahamkan, hantaran tersebut telah ditukar kapsyennya oleh Shila serta menutup komen kepada hantaran tersebut. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.