Pelakon baru Sharifah Husna menolak dakwaan pihak yang mengatakan dia meninggalkan bidang perubatan semata-mata mengejar impiannya dalam industri seni. Katanya, bila-bila masa sahaja dia boleh kembali ke bidang perubatan itu, namun semangatnya dalam dunia seni lebih besar.
Bagi saya, apa salahnya jika kita buat apa yang kita minat dalam hidup ini memandangkan hidup ini hanyalah sekali,” katanya ketika ditemui media pada sidang akhbar dan tayangan drama Jack Yusof di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, semalam. Kata Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, hasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa jadi, dia sudah tunaikan dan tamat belajar.
Tidak kisahlah apa orang nak sekalipun, saya hanya mahu jadi diri sendiri dan mengejar impian dalam bidang seni. Husna berjaya menamatkan pengajian dalam bidang itu tiga tahun lalu di Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) Kuala Lumpur. Berkongsi lanjut, Husna bersyukur dengan kariernya sekarang walaupun baru mengatur langkah dalam industri seni kurang daripada lima tahun.
Saya rasa bersyukur dan tidak menyangka rezeki dengan rezeki yang datang kepada saya atas usaha penat lelah saya selama ini. Tambahnya, meskipun banyak menerima komen positif daripada akaun sosial media, namun dia tidak begitu bangga kerana mengakui dirinya masih mempunyai banyak kekurangan yang perlu dibaiki.
Dalam industri seni, kita tidak boleh mengambil terlalu serius kepada komen negatif kerana ia tidak baik untuk kesihatan mental. Tetapi, kita boleh mengambil komen itu sebagai satu pesanan untuk melakukan lebih baik di masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, pelakon berdarah campuran ini juga baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Halim Radzi pada Oktober tahun lalu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.