IBU adalah kekuatan semangat kepada anak-anak dalam segala hal. Apatah lagi, sekiranya anak itu berhadapan masalah kehidupan terutama membabitkan kemelut rumah tangga.
Bagi pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29, insan paling banyak memberi kata-kata semangat dan sentiasa ada bersama di sisinya ketika melalui saat sukar dalam rumah tangga ialah ibu tersayang, Eina Astillah.
Ibu saya adalah wanita yang sangat dikagumi. Dia banyak memberi semangat supaya saya lebih tabah menghadapi dugaan rumah tangga. Ibu selalu ingatkan saya agar banyak bersabar dan tenang. Biarlah apa orang nak cakap di media sosial dan jangan balas. Jadi, ibu adalah kekuatan saya dalam kehidupan. Saya doakan ibu sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat selalu,” katanya ditemui baru-baru ini.
Menurut Bella, sikap lemah-lembut ibunya dalam menguruskan anak-anak dan keluarga turut menjadi contoh pada dirinya. Katanya, dia sendiri tidak dapat membayangkan sekiranya ibu tiada di sisi ketika berhadapan masalah.
Bella yang kini semakin aktif dalam nyanyian berkata, dia sudah menyanyi sejak kanak-kanak dan pernah menghasilkan beberapa album memuatkan lagu kanak-kanak bersama adiknya, Didi Astillah. Nyanyian sudah sebati dalam diri saya, cuma sekarang perlu lebih fokuskan lagi. Alhamdulillah, rezeki bernaung di bawah Universal Music Malaysia juga banyak membantu perkembangan karier nyanyian saya.
Saya selesa melihat positif dalam perjalanan karier nyanyian dan berharap ia mampu bergerak seiring dengan lakonan. Saya mahu meraih kejayaan diimpikan dalam dua bidang diceburi ini. Bella yang melancarkan single terbaharu, Tetap Di Sini beberapa bulan lalu mendedikasikan lagu itu khas buat suaminya yang juga pelakon Aliff Aziz.
Katanya, ada lirik ditulis memang dituju kepada Aliff yang menggambarkan perasaan sebenarnya. Saya memang tidak kisah apa yang orang nak katanya mengenai rumah tangga dan diri saya. Sebabnya, kita memang tak boleh nak tutup mulut mereka. Jadi, tak mengapalah kalau mereka nak cakap apa-apa pun.
Mereka pun tak tahu perkara yang sebenar apa yang sudah berlaku antara kami suami isteri. Cuma, saya akan terus berada di sisi Aliff selagi ada jodoh kami bersama dan dipanjangkan usia. Bella berkata, dia juga mempercayai suaminya itu. Malah, dengan apa yang berlaku sebelum ini, mereka juga mengambil pendekatan untuk memperbaiki kekurangan diri masing-masing.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mendirikan rumah tangga dengan Aliff yang berasal dari Singapura pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Walaupun pernah berhadapan kemelut dalam rumah tangga dengan kehadiran ‘orang ketiga’, pasangan ini tetap berjaya mempertahankan mahligai cinta mereka dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.