Pagi semalam dengan sekali lafaz, penyanyi popular negara MK telahpun sah bergelar suami kepada Siti Hajaar.MK yang berasal dari negeri Dibawah Bayu itu memilih Siti Hajaar sebagai teman hidupnya kerana wanita tersebut banyak mengajarnya tentang kehidupan dan adab termasuklah batas pergaulan. “Saya memilih Siti Hajaar sebagai isteri kerana dia banyak mengajar saya tentang kehidupan dari segi adab dan percakapan. Dia banyak menegur saya ke arah yang lebih baik terutamanya batas pergaulan.”
MK turut mendedahkan dia dan isteri hanya mengambil masa dua minggu untuk persiapan majlis perkahwinan itu. Dia juga menzahirkan rasa syukur dapat bantuan daripada orang-orang hebat yang sanggup membantunya melakukan persiapan bagi hari bahagia. Sementara itu, isterinya, Siti Hajaar juga berkata sudah bersedia untuk menghadapi asam garam rumah tangga, lagi-lagi suaminya itu bergiat aktif dalam industri seni. “Saya dah persiapkan diri untuk sentiasa sabar kerana saya memang memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.”
Sumber; Media hiburan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.