Baru-baru ini kecoh di media sosial terutamanya TikTok apabila ada satu video yang memaparkan ada orang yang tidak mengenali siapakah Aaron Aziz. Dalam klip video tersebut, seorang lelaki memberitahu tidak mengenali Datuk Aaron Aziz ketika muncul dalam sesi siaran langsung di TikTok bersama aktor asal Singapura itu.
Gelagat lelaki dikenali sebagai Firdaus itu mencuri perhatian apabila dia sempat bertanya kepada isterinya ketika siaran langsung itu siapa individu yang bersamanya dalam video siaran langsung itu. Malah dia turut bertanya kepada Aaron sama ada benar dia seorang pelakon kerana ada orang memberitahunya mengenai perkara itu.
Aaron bagaimanapun hanya tersenyum dengan kata-kata lelaki itu dan sempat bergurau kerana berani bertanya siapa dirinya. Diatas kejadian tersebut, Aaron memuat naik kembali video tersebut di Instagram miliknya dan menyatakan dia tidak mengambil hati lelaki itu tidak mengenalinya.
Tulisnya, tiada sebarang kelebihan mengenali artis atau pun tidak kerana ia bukan perkara penting dan dia percaya Firdaus tidak mengenalinya kerana bapa tujuh cahaya mata itu sibuk mencari rezeki menyara keluarga dan bukannya menghabiskan masa menonton televisyen. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut