Penyanyi dan pelakon, Amira Othman sebolehnya mahu mengelakkan dirinya daripada terbabit kontroversi murahan meskipun namanya kini agak ‘tenggelam’ dalam industri seni tanah air.
Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013, Amira Othman atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 30, berkata ramai kenalannya mencadangkan untuk dirinya mencipta kontroversi, namun dia lebih rela namanya pudar daripada terpalit dengan perkara yang tidak bermanfaat itu.
Saya tidak menafikan kontroversi boleh menaikkan nama seorang anak seni, tetapi tidak semestinya mereka perlu menciptanya hanya ingin mendapatkan publisiti. Malah, jika kita dapat menghasilkan karya-karya bagus pun boleh menaikkan nama dalam dunia seni tanpa menggunakan apa-apa gimik.
Saya pernah terfikir ingin membuat gimik untuk lebih dikenali, namun perkara itu tidak mudah dilakukan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Salam Baitullah di sini, hari ini. Penyanyi kelahiran Johor ini turut berharap keberadaannya dalam industri seni ini bukanlah datang daripada kontroversi, sebaliknya ingin menghasilkan karya yang bagus dan diingati ramai.
Saya sangat takut seandainya kontroversi itu memudaratkan nama baik saya dan keluarga, serta jika mahu buat sekali pun, bukanlah sebuah kontroversi yang bercanggah dengan imej. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amira mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih lagu single, jadi disebabkan itulah namanya menjadi ‘pasang surut’ dalam industri seni ini.
Dalam pada itu, Amira juga ingin mengutamakan kariernya sebagai penyanyi, barulah dia akan fokus dalam bidang lakonan. Sejujurnya, ramai yang bertanya kepada saya bila mahu berlakon semula, dan saya juga agak merindui set penggambaran, tetapi, jika ada rezeki, Insya Allah saya akan sambung berlakon,” katanya.
Terdahulu, Amira pernah membintangi drama popular berjudul Abang Bomba I Love You digandingkan dengan Hisyam Hamid. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.