Inilah diri sebenar saya,” kata pelakon, Alya Iman, 22, selepas mengambil keputusan untuk tampil tidak bertudung sejak April lalu selain dengan imej semakin seksi. Alya yang juga anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha berkata, sejak membuat keputusan itu, dia tetap membaca komen-komen netizen di media sosial yang mengecamnya dan sudah lali dengan pelbagai kecaman.
Saya terima dan tahu impak berpakaian begini (seksi) akan dikecam ramai. Tapi, inilah penampilan diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang ramai dapat terima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya kepada Harian Metro.
Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berkata, dia terima saja apa yang orang nak cakap dan mengecam dirinya dengan imej dan penampilan baharu sekarang. Sebenarnya ramai cakap pada saya jangan baca komen (netizen), tapi itulah yang saya buat juga. Kadang-kadang memang terkesan, tapi bila dah lama-lama jadi lali, katanya yang mula dikenali dengan drama Lelaki Kelas Sebelah di TV3 pada 2019.
Alya yang juga pelakon drama Ku Punya Hati memulakan langkahnya dalam bidang lakonan dengan imej bertudung. Apatah lagi, Allahyarham bapanya cukup dikenali dan disegani sebagai pelakon. Bagaimanapun, Alya membuat kejutan pada 1 Syawal lalu dengan penampilan tidak bertudung apabila memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan rambut panjangnya.
Alya menerusi penjelasannya sebelum ini mengakui, tindakan dia tidak bertudung itu kerana tidak mahu terus bersikap hipokrit dan mahu tampil dengan imejnya yang sebenar. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.