Lif masih baharu, tetapi gagal berfungsi dengan baik memeningkan kepala 7,000 penduduk membabitkan lima blok bangunan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini. Masalah lif itu merencat dan menyulitkan aktiviti harian penduduk terutama bagi pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Penduduk, M Thanaletchumi, 48, berkata, lif di blok D yang didiaminya kerap rosak bukan hanya lif lama, tetapi termasuk lif baharu. Kami sangka dengan lif baru memudahkan urusan, sebaliknya baru lima minit berfungsi, bila nak turun sudah tersangkut, lebih menyakitkan hati bila kita tekan tingkat tiga, tetapi lif bergerak ke tingkat 17.
Pernah ada kes kematian dan ketika itu semua lif rosak dan menyukarkan kami membawa jenazah, malah ada warga emas OKU tidak boleh naik ke tingkat satu dan perlu dipapah jiran. Malah, ada warga emas terlepas temu janji di hospital gara-gara lif rosak.
Kami sangat terkesan dan kecewa dengan perkhidmatan kontraktor lif, jadi kami berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesaikan masalah ini segera,” katanya. Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak, Azmi Abdul Aziz berkata, kerosakan lif sering berlaku sejak awal tahun ini dan memberi kesukaran terutama ketika kecemasan.
Katanya, semua blok bangunan 17 tingkat di PPR Seri Semarak (iaitu Blok B, C, D, E, F) menghadapi isu sama iaitu lif rosak dan tidak berfungsi. Ada masa, satu blok itu tiga lif rosak serentak. Kasihan anak nak ke sekolah dan warga emas yang ingin ke surau. Lebih menyedihkan, apabila berlaku kecemasan, pergerakan pesakit dan petugas ambulans terbatas menyebabkan pesakit diturunkan melalui tangga.
Isu lif di PPR ini bukan baru, memang pihak DBKL mengambil tindakan menukar lif lama kepada baharu.Tetapi, malangnya lif baharu juga selalu rosak, ia bukan disebabkan perbuatan vandalisme, memang ia gagal berfungsi secara tiba-tiba,” katanya. Azmi berkata, pihaknya membuat aduan kepada DBKL dan juruteknik kontraktor dilantik.
Setiap hari kami membuat aduan kepada kontraktor apabila berlaku kerosakan lif, namun mereka lambat bertindak.
Selepas dibaiki tak sampai dua jam lif rosak semula. Jadi, kami berharap pemasangan lif baharu lebih berkualiti dipasang segera, selain memastikan lif lama berfungsi dengan baik. Turut meluahkan kekecewaan, pesara tentera dan Ketua Blok F, Tajudin Ariffin Che Mat Din, 71, yang memaklumkan akibat sering menggunakan tangga, kakinya bengkak dan tidak boleh berjalan beberapa hari.
Kami tak sanggup lagi, kalau boleh pihak atasan tolong atasi masalah lif di PPR Seri Semarak kerana ia gagal dikendalikan syarikat kontraktor yang dilantik DBKL. Sudah banyak kali kami mengadu kepada syarikat penyelenggara lif, tetapi hampa kerana isu ini tidak selesai,” katanya.
Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.