Michelle Yeoh langsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup di Geneva, Switzerland.

Kalau sudah jodoh, akhirnya ke pelamin juga. Hampir dua dekad menyulam cinta, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh, 60, dan pasangannya Jean Todt, 77, sah menjadi suami isteri di Geneva, Switzerland, semalam.

Diraikan penuh intim, khabar gembira itu dikongsi bekas bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa yang menjadi antara insan paling seronok dengan penyatuan dua sahabatnya itu.

Selamat berkahwin, Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu,” tulis pelumba kelahiran Brazil itu. Lebih bermakna, majlis perkahwinan mereka turut dihadiri anak Todt dari perkahwinan terdahulu yang dikenali sebagai Nicholas. Dalam hantaran Massa di Instagram, dia turut memuat naik kad jemputan yang cukup unik berserta rumusan mengenai hubungan cinta dibina mereka sejak 19 tahun lalu.

Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Tarikh 26 Julai 2004, JT melamar MY dan bersetuju. Hari ini (semalam) selepas 6992 hari, dikelilingi keluarga dan rakan, kami sangat gembira meraikan hari istimewa ini,” tulis kad jemputan itu.

Michelle dan Todt bertemu buat kali pertama pada 4 Jun 2004 di Shanghai Grand Prix. Michelle yang juga Miss World Malaysia 1983 itu sedang melakukan publisiti untuk jenama kereta Ferrari, manakala Todt pula adalah Pengurus Besar ketika itu.

Pelakon Asia pertama mencipta sejarah menang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dan Todt mengikat tali pertunangan pada 26 Julai 2004. Todt adalah Pengurus Besar, Scuderia Ferrari antara 1993 hingga 2007 dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) antara 2004 hingga 2007.

Terdahulu, Michelle yang juga anak jati Ipoh, Perak pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Hong Kong, Dickson Poon pada 1988. Pasangan itu berpisah pada 1991. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version