Baru sahaja melihat ‘baby bump’ aktres Ardell Aryana pada bulan lalu, kini pelakon Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin telah selamat melahirkan anak kedua secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor. Berita baik itu dkongsikan oleh suami Ardell yang juga seorang aktor, Nadzmi Adhwa menerusi hantaran di platform Instagram pada pagi tadi. Nadzmi Adhwa berkata, isterinya telah selamat melahirkan anak kedua pada jam 12.58 pagi, hari ini.
“Assalamualaikum semua. Bismillahirrahmanirrahim. “Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini, 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi,”tulisnya. Dikesempatan itu, aktor drama slot Akasia TV3, Hati Perempuan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai atas doa-doa yang dikirimkan. Nadzmi Adhwa juga memaklumkan, isteri dan anak keduanya juga dalam keadaan selamat. “Terima kasih atas doa yang baik-baik dari semua. Syukur, alhamdulillah. Kedua-dua ibu dan anak selamat,”luahnya lagi.
Rata-rata warganet termasuk rakan-rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti tersebut kerana menerima seorang lagi cahaya mata pelengkap seri rumah tangga. Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan memiliki seorang cahaya mata, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.