Minggu lalu, berita pengiktirafan seekor kucing yang digelar ‘Oyen’ yang sering kelihatan di kandang Capybara di Zoo Negara menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, ‘pempengaruh’ berkenaan sering digambarkan bersama kawanan Capybara di Zoo Negara tersebut akhirnya diiktiraf dan mendapat tanda namanya sendiri di kandang haiwan berkenaan. Pun begitu, seorang pengunjung yang berkongsikan video di TikTok baru-baru ini mendapati tanda nama ‘Oyen’ berkenaan telah tiada dan beberapa pengunjung lagi mendakwa tidak melihat kelibat kucing berkenaan di kandang tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Pastinya ketiadaan papan tanda berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet sambil tidak kurang juga menjadikan kehilangan tersebut satu jenaka dengan mengatakan kucing berkenaan sedang ‘cuti sakit’, terlewat bangun dan ada juga yang mengatakan ia ‘dibuang’ kerana malas. Namun, pihak Zoo negara tampil menjelaskan keadaan sebenar tentang ketiadaan papan tanda ‘Oyen’ berkenaan. Menurut mereka, kucing tersebut masih ada di kawasan Capybara itu, cuma tanda namanya telah patah, dikatakan kerana ada pengujung telah menyepak tanda berkenaan tanpa sengaja.
Tambah pihak Zoo Negara lagi, papan tanda tersebut sedang dibaiki dan akan diletakkan semula setelah siap. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.