Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara badminton campuran setelah tersekat di peringkat separuh akhir ekoran tumpas kepada juara bertahan Taiwan 0-3 semalam.Ia menyaksikan Kontinjen Malaysia di Universiade setakat ini berjaya mengumpul keseluruhan 1 pingat emas dan 4 pingat gangsa.
Hasrat skuad badminton untuk menukar warna pingat daripada gangsa tidak kesampaian. Gandingan bergu campuran Wong Tien Ci dan Desiree Siow gagal menandingi kehebatan Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin apabila tewas straight set 18-21, 16-21.
Pada aksi perseorangan lelaki pula, Anson Chong yang berada di ranking 545 dunia berdepan dengan pemain ranking ke-25 dunia, Lin Chun Yi. Biarpun bekerja keras untuk memberi saingan Anson tumpas 15-21, 16-21.
Manakala Yap Rui Chen yang lebih banyak bermain dalam acara bergu sebelum ini turun dalam acara perseorangan wanita menggantikan S.Kisona yang masih dibelenggu kecederaan. Yap berdepan Hsu Wen Chi pemain ranking ke-20 dunia. Kejutan dilakukan Yap apabila menang set pertama 21-18. Bagaimanapun dia tewas mudah pada set ke dua 12-21. Biarpun cuba bangkit pada set ketiga namun terpaksa tunduk 18-21.
Esok akan berlangsungnya acara individu dan Malaysia dijangka bergantung harapan kepada gandingan beregu lelaki dan wanita. Prestasi Kontinjen Malaysia yang telah melepasi sasaran 3 pingat di Universiade Chengdu ternyata mengembirakan Ketua Kontinjen negara.
Saya sangat gembira dengan pencapaian kontinjen negara di sini terutama dengan pungutan pingat yang telah melepasi sasaran dan juga beberapa rekod kebangsaan yang telah dipecahkan oleh atlet kita,” kata Ketua Kontinjen Malaysia, Prof. TS Mohd. Rusllim Mohamed semalam. Kredit Kosmo online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut