Almy Nadia teruk kena kritik dengan warganet sebab peluk Mimi Peri, ini pula respon dari tuan badan

Pelakon Datin Almy Nadia dikritik teruk oleh warganet susulan tindakannya memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri. Memetik mStar Online, Almy berkata perkara itu terjadi secara spontan apabila Mimi begitu teruja pertama kali berjumpa dengan aktres itu ketika berkunjung ke Malaysia baru-baru ini. Menurut Almy, dia terbuka menerima kritikan daripada warganet namun meminta agar memberi teguran secara berhemah atau secara peribadi dengan menghantar mesej.

“Saya tak perlu respon apa pun sebenarnya dan tak perlu membalas segala komen mahupun kritikan dengan cara apa sekali pun, apa orang nak cakap tu biarkan la. Saya tak nak tambah dosa untuk bercakap atau menulis… mungkin itu yang terbaik buat mereka dengan membuat teguran cara sedemikian. “Mereka boleh saja mesej saya secara peribadi untuk tegur mengenai perkara ini, tidak perlu secara umum dan saya tak baca pun segala komen itu,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version