Umum mengetahui, baru-baru ini cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkongsikan beliau disahkan menghidap knsr limfoma. Memetik Harian Metro, Chef Wan meluahkan rasa syukur sel knsr limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak. Menurut Chef Wan dia menerima perkhabaran itu selepas menjalani rawatan kemo pada Rabu lalu. Tambahnya, meskipun rawatan tersebut mengambil masa tidak lama namun berdepan kesakitan dan rasa kurang selesa.
“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel knsr limfoma saya cuba pergi ke otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit. “Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga. “Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel knsr belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya. Dalam pada itu, Chef Wan berkata dia lebih berhati-hati mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.
“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.