Tular di laman tiktok ,Padah mencuri tuan rumah kurung suspek bersama ular

Seorang pencuri di wilayah Aceh, Indonesia menjerit ketakutan apabila pemilik rumah yang dipecah masuk cuba menakutkannya dengan ular selepas dia dikurung.  Laman berita Suara.com melaporkan, video memaparkan kejadian itu dimuat naik dalam akaun TikTok @mufti0307 Isnin lalu.

Dalam video tersebut, pemilik rumah itu dilihat telah mengurung suspek di dalam sebuah bilik setelah kegiatannya diketahui. Pencuri itu kemudian menjerit ketakutan selepas seorang lelaki berbaju merah jambu cuba menakutkannya dengan seekor ular.

Suspek berkali-kali mengetuk pintu supaya dikeluarkan dari bilik tersebut, namun beberapa lelaki yang berada di luar hanya mentertawakannya. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ular itu asli atau mainan.

Pemilik akaun itu memaklumkan bahawa pencuri itu berusia dalam lingkungan 20-an.  Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Kurang bang, sepatutnya pakai anakonda,” komen seorang netizen. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version