PENDAKWAH selebriti Da’i Syed menuntut RM1 juta terhadap dua warganet yang dipercayai memfitnahnya sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya dalam tempoh tujuh hari. Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful Jamalullail, 28, memaklumkan pampasan tersebut sebagai ganti rugi untuk gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah dilemparkan terhadapnya. Pendakwah selebriti itu memaklumkan perkara itu menerusi penyata tuntutan yang dikeluarkan peguamnya Syed Amirul Syed Edros dan dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.
Dalam pada itu, tuntutan itu turut menuntut agar video yang mengaitkan namanya yang dimuat naik di media sosial dipadam dalam tempoh sama. Tidak hanya itu, Syed turut menuntut permohonan maaf bertulis daripada kedua-dua pihak bagi menunjukkan rasa penyesalan dan insaf atas perbuatan fitnah dilakukan. Bagaimanapun, permohonan maaf itu juga hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh Syed sebelum dimuat naik ke semua akaun media sosial pihak berkenaan. Malah Syed juga berhak untuk menuntut memuat naik permohonan maaf tersebut di media sosial miliknya.
Tidak hanya itu, Syed juga menuntut aku janji bertulis daripada pihak berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan yang sama kelak. Seterusnya, Syed turut menuntut jaminan keselamatan daripada pihak berkenaan termasuk ahli keluarga mahupun waris tidak menganggu kehidupan Syed untuk masa akan datang. “Satu jaminan keselamatan bertulis daripada pihak kamu bahawa kamu, ahli keluarga, waris atau mana-mana ejen yang mempunyai perkaitan dengan kamu.
“Tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman hidup anak guam dan keluarga pada masa akan datang,” ujar kenyataan itu. Sekiranya tiada tindakan mengikut tempoh yang ditetapkan, pihaknya Syed bakal meneruskan tindakan undang-undang sivil terhadap individu berkenaan. Sebelum ini, menerusi satu sidang media yang diadakan Syed memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua warganet yang dikenali sebagai Nurul Atiqah dan Ainun Najwa atas tuduhan memfitnahnya di media sosial.
Kata Syed, tindakan berkenaan diambil selepas tular satu video dan kenyataan disifatkan berbaur fitnah di muat naik oleh dua individu tersebut. Pada April lalu, Syed meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan melakukan jnyh terhadap seorang penganggur wanita. Malah pada Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya juga melepaskan dan membebaskan (DNA) Syed atas pertuduhan mencbl serta melakukan perstbhn luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.