Isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berdoa agar suaminya tidak lagi mengeluarkan lagu raya pada tahun hadapan. Menerusi hantaran di Instagram, Shahida berkata dirinya sudah penat dikritik warganet serta menerima tempias susulan tindakan suaminya. Jelas Shahida, dirinya hanya mahu memberi fokus dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan. “Saya bukan doa main-main ya. Memang saya doa betul betul dengan penuh ikhlas dan penuh kyusuk agar penyanyi nombor 2 Malaysia, Aliff Syukri tidak akan keluarkan lagi lagu raya tahun depan. Klik sini untuk lihat video.
Penat lah asyik kena kritik masa bulan puasa. Kita ni nak fokus ibadah bulan puasa tapi bila dia buat lagu raya terganggu jugak lah fokus kita ni. Semoga apa yang saya hajatkan ini dimakbulkan. Sementara itu, rata-rata warganet yang singgah ke ruangan balas turut berdoa dan berharap hajat ibu kepada enam cahaya mata itu dimakbulkan Allah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.