Tiada siapa yang mahu dirinya jatuh sakit. Apabila kesihatan terjejas, maka rutin harian juga akan terkena tempiasnya. Pasti banyak kerja yang akan tertangguh atau langsung tidak dapat dilakukan. Malah, ia juga mungkin menyukarkan untuk kita melakukan ibadah sunat yang biasa dilaksanakan.
Namun, jika sedang diuji dengan kesakitan, maka pergilah mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar. Pada masa sama, usah mengeluh dengan ujian itu. Sabar adalah sebaik-baik tindakan. Siapa tahu, barangkali dengan kesakitan itu akan menyebabkan dosa-dosa kita terhapus. Wallahuaklam.
Pada zaman milenial ini, pelbagai jenis penyakit yang datang ‘menyerang’ masyarakat tanpa mengenal usia. Antara penyakit yang biasa kita dengar ialah darah tinggi, kencing manis, jantung, batu karang, gout, strok, buah pinggang, barah, ketumbuhan, senggugut dan macam-macam lagi.
Begitupun, ketahuilah, tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali mati. Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon veteran, kri, 69, bersyukur dia tidak mengalami masalah kesihatan kronik selepas dirawat hampir seminggu di hospital akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing, Jun lalu.
Jalaluddin berkata, dia kini sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan kuman itu. Pada masa sama, kata Jalaluddin, dia akan terus pulang ke rumah selepas selesai penggambaran.
Jalaluddin berkata, selain berehat, dia juga suka membaca al-Quran bagi membantu daya ingatannya lebih cergas dan tidak mudah lupa, lebih-lebih lagi sebagai pelakon dia perlu menghafal skrip. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.