Gara-gara tidak memberitahu pergi ke tandas, sebuah keluarga secara tidak sengaja meninggalkan seorang pelajar lelaki di kawasan Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) ketika dalam perjalan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gambang di Pahang, baru-baru ini.
Menurut pengguna Tiktok @keyrolahcong, kejadian berkenaan berlaku ketika dia dan keluarga dalam perjalanan menghantar adik lelakinya itu untuk sesi pendaftaran universiti terbabit.
Dalam perjalanan hantar adik nak daftar UIA Gambang, tiba-tiba Umi berhenti tepi jalan bagitahu adik tertinggal di R&R. Tertinggal sebab tak perasan dia keluar pergi tandas. Masuk kereta terus jalan sampailah adik aku telefon dan tanya kenapa tinggalkan dia. Baru kami perasan yang dia tiada di belakang.
Kalau dia tertinggal telefon dalam kereta aku rasa sampai sana baru perasan dia tiada,” tulisnya dalam video terbabit. Kip video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di Tiktok @keyrolahcong, telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan 231,000 suka.
Menjengah ruangan komen di TikToknya, ramai penonton terhibur dengan gelagat keluarga itu yang tertinggal ‘watak utama’ selain turut berkongsi pengalaman ditinggalkan apabila keluar bersama keluarga. Selalu risau kalau jadi dekat anak kecil, rupanya anak dah besar pun boleh jadi lagi,” tulis Nfaizahcha.
Kenapa ditinggalkan watak utama dalam cerita ni. Tukar Uminya je daftar masuk UIA,” seloroh OppaAidil. Steady dik, kalau akak ni dah menangis memberontak tinggal aku di R&R,” komen Kai. Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.