LUAHAN pelakon Enot yang memberi gambaran dia sudah lama terasa hati dengan seorang rakan artis mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat. Meskipun tidak menyebut sebarang nama namun ramai membuat andaian Enot atau Alizza Abdullah, 45, menujukan rasa kecewanya itu terhadap rakan baiknya yang juga pelakon Didie Alias. Enot menerusi luahannya itu memberitahu dia tidak mahu bersuara kerana tidak mahu bergaduh atau bermusuhan.
“Bercakaplah selagi kau mampu bercakap dan aku berdiam selagi aku mampu berdiam. Satu aib aku kau buka, insya-Allah 10 aib kau akan terbuka. “Aku malas nak cakap benda yang aku dah simpan dan kunci elok-elok sebab aku tak suka nak bergdh dan bermusuh,” katanya. Enot berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman TikTok miliknya pada Ahad. Dia turut menggunakan tanda pagar #carahalustanamkawan2hidup2 seperti memetik kata-kata penerbit Melodi ketika menemu bual Didie.
Sementara itu, Enot memberitahu apa membuatkan dia lebih terluka apabila individu tersebut hanya menampakkan dirinya berada di pihak benar. Malah dia meminta individu tersebut untuk berfikir kembali punca dia jauh hati terhadapnya. “Salah tu, gali lagi dalam apa yang kau buat dekat aku sampai aku jauh hati macam ini? “Tak apa bagi aku Allah tahu segala-galanya, Dia maha mengetahui dalam hati aku macam mana. Allah ada,” katanya. Nama Didie disebut-sebut selepas pelakon itu menyebut tentang seorang sahabat yang kini tidak lagi mahu mendengar nasihat serta memilih jalan hidup berbeza.
Didie yang tidak dapat menahan air mata memberitahu dia ralat dengan sikap sahabatnya itu yang menghilangkan diri selain pernah berjanji untuk kekal berkawan baik untuk selama-lamanya. “Mana kau? Aku dah bagi nasihat tapi kau buat ini dekat aku. Kalau Allah cakap aku pergi dulu, kau maafkan aku. Kalau kau pergi dulu, aku uruskan jnzh kau sampai liang lahad. Ini janji aku,” katanya sambil mengalirkan air mata. Meskipun Didie tidak menyebut nama sesiapa dalam temu bual itu, ramai membuat telahan ia berkaitan Enot yang merupakan sahabat baiknya.
Didie juga sempat berpesan kepada seorang wanita yang kini dilihat rapat dengan sahabatnya agar menjaganya dengan baik atau menerima padah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.