Kakak kepada pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, yang merupakan salah seorang mngs nahas tragedi pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, memaklumkan bahawa dia hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut melalui seorang rakan kepada adiknya pada malam Khamis. Memetik laporan Harian Metro, walau bagaimanapun, kakak yang dikenali sebagai Ramlah Shari, 56, berkata, dia terpaksa merahsiakan berita tersebut daripada ibu mereka kerana risau akan kesihatan wanita itu yang menghidap penyakit jantung.
“Apabila mengetahui berita itu, kami tidak terus memaklumkan kepada ibu, Hatun Bakar, 81, kerana dia menghidap penyakit jantung. Sebaik tiba di Klang dari Arau, Perlis, kira-kira jam 2 petang tadi, baru kami maklumkan kepadanya, ibu amat sedih sekali kerana amat rindukan dia.” Tambah Ramlah lagi, Sharipuddin yang merupakan pesara tentera itu sudah hampir setahun menetap di Sepang bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 16 dan lapan tahun. “Kali terakhir saya bertemu Aidilfitri lalu apabila dia balik ke kampung di Kampung Rani Estet selama seminggu.
Dua minggu sebelum kejadian, saya ada menghubungi dia bertanyakan bila nak balik kampung kerana ibu sangat rindukannya. Dia beritahu akan balik nanti, mungkin cuti sekolah ini. Tapi tak sempat nak balik, dia dah balik sungguh (pergi menghadap illahi). Terdahulu, sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie pada petang Khamis.
Kejadian tersebut juga turut meragut nyawa dua orang awam termasuklah Sharipuddin yang merupakan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian. Kesemua mereka serta cebisan yang dijumpai itu telah pun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.