Pelawak terkenal dan juga penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu rupanya mempunyai Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) apabila mengakuinya ketika ditanya oleh selebriti, Linda Onn. Perkara tersebut dikongikan Linda sewaktu terkejut melihat Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin memegang sebiji karipap menggunakan sarung tangan plastik. Menerusi kapsyen yang disertakan, Linda Onn mengatakan yang dia baru sahaja tahu dan Jep juga sempat berkongsi beberapa cerita yang pernah dia hadapi disebabkan gangguan tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, suami kepada selebriti cantik, Sari Yanti berkenaan turut menunjukkan satu kotak sarung tangan yang kerap dibawa di dalam begnya untuk dipakai jika berhadapan dengan situasi yang perlu dia gunakan. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mengalami masalah sama dan faham apa yang dilalui oleh pelawak itu. Walau bagaimanapun, ada juga yang terhibur melihat reaksi Jep apabila ‘kantoi’ membawa sekotak sarung tangan di dalam beg termasuklah memakai sarung tangan sewaktu hendak menjamah kuih karipap.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.