BEKAS Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ jadi perhatian ramai apabila menyanyikan lagu Malam Pagi nyanyian Saixse di konti radio.KJ, 47, menunaikan permintaan pendengar radio Hot FM yang memintanya untuk menyanyikan lagu tersebut dalam segmen Bekpes Hot pada pagi Isnin. Namun, apa yang menjadi perhatian apabila KJ mengubah lirik lagu tersebut mengaitkan tentang dirinya yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu. “Malam masih muda, asal kau duduk macam tak buat apa. Bazir masa nak fikir tentang cinta. “Ya aku sakit… aku kalah sampai jadi DJ,” katanya. Klik sini untuk lihat video.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan jenaka yang dilakukan bekas ahli parlimen itu. “Saya sanggup tunggu dalam kereta dekat parking demi nak dengan KJ menyanyi. Sekali padu teruk. “Boleh dapat anugerah DJ comel. “Bila DJ KJ nyanyi tak jadi healing,” tulis warganet. Pada 15 Februari lalu, KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM untuk segmen Bekpes Hot. Kata KJ, dia bersetuju menerima tawaran menyertai stesen berkenaan kerana baginya ia merupakan peluang untuknya berkomunikasi dan mendekati orang ramai dengan cara lebih santai.
Segmen Bekpes Hot yang bersiaran dari pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat turut dikendalikan oleh AG, Johan dan Fara Fauzana. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.