Satu perkongsian video di Instagram milik penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza raih reaksi positif dari warganet. Dalam video yang berdurasi beberapa saat itu, Siti Nurhaliza berkongsikan kepada peminat aktiviti yang dilakukan oleh anak sulungnya Siti Aafiyah Khalid yang pada ketika itu sedang melakukan latihan bermain piano.
Tulis Siti Nurhaliza, pada hari tersebut dia berasa gementar apabila melihat anaknya ada konsert tetapi jarang melakukan latihan untuk konsert pada hari tersebut. Tulis Siti lagi, anaknya itu sudah berlatih dua buah lagu untuk dijadikan medley untuk persembahan pada hari itu.
Dalam video tersebut juga kedengaran Aafiyah memainkan lagu yang pernah menjadi viral sebelum milik Lady Gaga dan juga lagu Flower yang dinyanyikan oleh Jisoo dari kumpulan Blackpink. Tambah Siti lagi, guru piano yang mengajar anaknya menyatakan bahawa Aafiyah mahu melakukan ‘showmanship’ ada tarian tangan dan baginya itu menunjukkan Aafiyah seorang yang kreatif.
Diruangan komen, pelbagai reaksi positif yang diberikan oleh netizen kepada video yang dimuat naik oleh Siti. Hampir semua mendoakan kejayaan Aafiyah malah ada juga yang menyatakan bakat Aaafiyah mula terselah dan mendakwa bahawa bakat tersebut ‘turun’ dari bakat yang diperolehi oleh Siti.
Siti memohon semua untuk mendoakan kajayaan anaknya dan turut meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.