Influencer kontroversi, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry menafikan bahawa dia berkahwin lagi satu disebabkan mahu mempunyai anak. Memetik sumber dari podcast bersama Caprice, Abang Tesla mengatakan tindakannya berkahwin dua bukanlah disebabkan zuriat tetapi kerana ada hal peribadi yang tidak boleh diceritakan. “Ketika itu emosi tengah marah, tangan tertaip sendiri. Anak bukan faktor pernikahan kali kedua ini. Itu hal dalam kain. Saya tak nak cerita. Itu adalah takdir. Kita pernah buat IVF dan sekarang dah berusaha. Isteri pernah mengandung dan gugur,” ujarnya.
Dalam pada itu, isteri kepada Caprice, Farra Inalis sempat mengeluarkan kenyataan mungkin warganet mengkritik Abang Tesla kerana ia melibatkan perasaan perempuan. Lebih-lebih lagi ada dakwaan mengatakan dia memuat naik video tersebut sebagai konten dengan ‘mepergunakan’ isteri pertamanya. Hal tersebut sama sekali disangkal oleh Abang Tesla. “Saya tak gunakan isteri saya. Saya takut benda tu akan jadi ftnh, sebab dalam komen dah kritik, itu sebabnya,” katanya lagi. Walau bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat oleh Farra Inalis nampaknya disetujui ramai terutamanya wanita apabila menyatakan bahawa setiap yang terjadi adalah pilihan individu itu sendiri.
“Apa-apa dalam hidup ni bergantung kepada pilihan juga. Contohnya, dia ada pilihan kahwin lain. Kita pun ada pilihan untuk pilih lelaki kita, saya ada kita pilih nak stay atau chaw. So, itu adalah pilihan. Dalam hidup ni kita sentiasa ada pilihan dan Allah adil dan bagi kita akal untuk berfikir, Jadi lelaki memilih untuk berkahwin nak ramai, ada perempuan memilih untuk stay, atau ada perempuan memilih untuk chaw. So, tak salah la. Kita hormat pilihan masing-masing,” jelasnya.
Terdahulu, kisah Abang Tesla berkahwin lagi satu telah tular di media sosial apabila dia memuat naik video memujuk isterinya yang menangis tersedu-sedu apabila mengetahui bahawa suaminya akan berkahwin lagi kurang dari tiga jam. Influencer berkenaan telah dikritik teruk kerana berkongsi momen sedih isterinya dan dituduh menjadikan perkara tersebut konten untuk menarik perhatian ramai. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.