Umum mengetahui, bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kini sedang menghadapi hukmn dtahan dan hari ini genap setahun dia menjalani hkmn tersebut. Dia yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman tersebut pada 23 Ogos tahun lepas. Terbaru, menerusi laman Facebook miliknya, Najib Razak meluahkan perasaannya yang kini berada di sebalik tirai besi dalam bentuk sebuah puisi. Dalam posting tersebut, dia memberikan bayangan bahawa dirinya banyak menghabiskan masa dengan mengerjakan ibadah walaupun sentiasa berasa sunyi dan keseorangan.
“Tikar sejadah menjadi teman sujud, mengerjakan solat lima waktu, merayu belas kasihan-Nya meringankan ujian beban, mendoakan ketenangan, kebebasan derita. Di subuh, menanti sinar mentari pagi, menembusi jendela tirai besi. Di waktu senja bertukar malam, hening dan sunyi. Mengalunkan al-Quran, berzikir dengan hati. Keseorangan, walaupun tahu Allah sentiasa ada. Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya,” tulisnya. Sementara itu dalam ruangan komen, rata-rata pengikut media sosialnya itu memberikan kata-kata semangat buat bekas Perdana Menteri itu.
Sebagai info, Najib Razak didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International SDN BHD. Setakat ini, dia masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.