SELEPAS dua tahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, penyampai radio Suria FM memberitahu anak-anaknya semakin faham dengan situasi ketiadaan ibu mereka di sisi. Sebaliknya kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, kehadiran isterinya iaitu Watie Hanafiah menambah seri keluarga malah empat anaknya cukup rapat dengan ibu tiri mereka tersebut. Malah kata Shuib, adakalanya dia berasa terpinggir kerana anak-anaknya lebih akrab dengan Watie berbanding dirinya.
“Apa lebih penting melihat perkembangan anak-anak sangat positif… Paling penting adalah mereka punya kesihatan mental. “Mereka seronok dengan Mummy baru (Watie) sampai kadang-kadang saya rasa terpinggir sebab mereka rapat sangat dengan dia. “Saya sampai terfikir macam mana Watie boleh sehebat itu (mengambil hati anak-anak),” katanya. Sementara itu, Shuib turut berkongsi kisah anak bongsunya iaitu Ayash Affan mengalirkan air mata ketika sedang tidur pada ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
“Pada 9 Ogos Ayash mata dia tutup tapi dia menangis. Pembantu ada beritahu saya dan kami andaikan mungkin dia mimpi ibunya,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.