Penerbangan moden jarak jauh tanpa henti, membolehkan penumpang melakukan perjalanan jauh dengan lebih mudah dan selesa, tanpa perlu menukar pesawat lain atau menunggu masa lama.
Aerotime menghimpunkan 10 penerbangan tanpa henti dengan jarak paling jauh di dunia yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan teknologi canggih.
1. Singapore Airlines – Singapura (SIN) ke New York (JFK)
Tempoh penerbangan: 18 jam dan tujuh minit
Jarak penerbangan: 15,348.314 kilometer (km)
Jenis pesawat: Airbus A350-900ULR (Ultra jarak jauh)
Kemudahan: Setiap kelas kabin direka untuk memberikan keselesaan dan keluasan maksimum dengan ruang kaki mencukupi dan kemudahan peribadi.
Ia turut dilengkapi sistem penapisan udara termaju bagi memastikan persekitaran kabin lebih bersih dan segar.
Kabin juga diberi tekanan pada ketinggian lebih rendah yang membantu mengurangkan kesan gangguan ritma harian (jet lag).
2. Singapore Airlines – Singapura (SIN) ke Newark (EWR) *Newark terletak di New Jersey, Amerika Syarikat (AS)
Tempoh penerbangan: 18 jam dan 25 minit
Jarak penerbangan: 15,325.78 kilometer (km)
Jenis pesawat: Airbus A350-900ULR (Ultra jarak jauh)
Kemudahan: Sama dengan penerbangan Singapura (SIN) ke New York (JFK).
3. Qantas – Perth (PER) ke London (LHR)
Tempoh penerbangan: 17 jam dan 32 minit
Jarak penerbangan: 14,500.19 km
Jenis pesawat: Boeing 787-9
Kemudahan: Setiap kelas direka dengan teliti untuk memberikan keselesaan maksimum dengan tempat duduk ergonomik, ruang kaki yang luas dan kemudahan peribadi.
Qantas sangat menitikberatkan kulinari terbaik.
4. Qantas – Melbourne (MEL) ke Dallas (DFW) *Dallas adalah bandar di Texas, AS
Tempoh penerbangan: 18 jam dan 15 minit
Jarak penerbangan 14,471.22 km
Jenis pesawat: Boeing 787-9
Kemudahan: Sama dengan pesawat Qantas untuk Perth (PER) ke London (LHR).
5. Air New Zealand – Auckland (AKL) ke New York (JFK)
Tempoh penerbangan: 16 jam dan 15 minit
Jarak penerbangan: 14,207.29 km
Jenis pesawat: Boeing 787-9
Kemudahan: Persekitaran kabin yang moden dan bergaya. Cef syarikat penerbangan itu menampilkan pelbagai hidangan gourmet, New Zealand serta masakan antarabangsa.
6. Emirates – Dubai (DXB) ke Auckland (AKL)
Tempoh penerbangan: 15 jam dan 55 minit
Jarak penerbangan: 14,200.85 km
Jenis pesawat: Boeing 777-200LR (Jarak Jauh)
Kemudahan: Penumpang kelas pertama menikmati pelbagai pilihan makanan seperti lima pembuka selera, empat hidangan utama, empat pencuci mulut, coklat dan makanan ringan.
Menu ini memenuhi pelbagai cita rasa berbeza dengan beberapa hidangan masakan Arab dan antarabangsa.
Dalam kelas ekonomi, penumpang boleh memilih antara pilihan hidangan berasaskan sayuran dan bukan sayuran.
7. Singapore Airlines – Singapura (SIN) ke Los Angeles (LAX)
Tempoh penerbangan: 15 jam dan 10 minit
Jarak penerbangan: 14,113.95 km
Jenis pesawat: Airbus A350-900ULR (Ultra jarak jauh)
Kemudahan: Sama dengan pesawat Singapore Airlines Singapura (SIN) ke New York (JFK).
8. Air India – Bangalore (BLR) ke San Francisco (SFO)
Tempoh penerbangan: 16 jam dan 10 minit
Jarak penerbangan: 14,002.90 km
Jenis pesawat: Boeing 777-200LR (Jarak Jauh)
Kemudahan: Menawarkan pelbagai menu untuk semua kelas. Penumpang boleh menikmati makanan berasaskan tumbuhan seperti kebab sayuran, dan kari merah Thai dengan tauhu.
Pilihan sarapan, makan tengah hari dan makan malam termasuk hidangan gabungan seperti telur hancur cendawan dan achari paneer serta hidangan klasik seperti tomato panggang dan bocconcini caprese.
9. Qantas – Darwin (DRW) ke London (LHR) *Darwin terletak di utara Australia
Tempoh penerbangan: 17 jam dan 55 minit
Jarak penerbangan 13,872.55 km
Jenis pesawat: Boeing 787-9
Kemudahan: sama dengan Perth (PER) ke London (LHR)
10. United Airlines – Houston (IAH) ke Sydney (SYD)
Tempoh penerbangan: 17 jam dan 30 minit
Jarak penerbangan: 13,833.92 km
Jenis pesawat: Boeing 787-9
Kemudahan: Pesawat itu direka bentuk dengan tingkap besar bagi membolehkan cahaya semula jadi memenuhi ruang kabin dan memberikan pemandangan menakjubkan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.