Walaupun sudah tidak tinggal serumah, Diana Danielle dan bekas suami, Farid Kamil akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membesar dan mendidik anak mereka, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8.
Diana berkata, dia tidak membesarkan anak seorang diri kerana Farid sebagai bapa mereka masih ada. Saya masih ada dia (Farid) yang membesarkan bersama saya walaupun kami dah tak tinggal serumah. Saya yakin dia adalah bapa yang baik. Itu anak-anak kami, jadi kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.
Ditanya mengenai pertemuan antara Farid dengan anak-anak yang sudah lama iaitu sebelum Aidiladha, Diana berkata, biarlah semuanya secara tertutup. Saya rasa, dia pun sibuk. Jadi, bila dia jumpa anak, kenapa, bagaimana, di mana, semuanya biarlah secara tertutup. Takut kalau salah bual atau salah cakap, akan mengeruhkan keadaan serta hubungan.
Sekarang adalah fasa baharu untuk kami untuk mencari keseimbangan dan sesuaikan diri. Jadi, berilah kami ruang untuk kami cari mencari momentum kami. Kami bekerjasama untuk jaga anak. Kami susun secara berstruktur, sebab kalau ada pelanggaran, nanti jadi masalah lagi. Jadi, kena ada struktur untuk dijadikan landasan.
Saya tak mahu berebut-rebut. Itu benda yang boleh saya kongsikan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single barunya berjudul, Bersama Dengan Rindu, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Diana berkata, dia juga ingin memastikan komunikasi antara dia dengan Farid sesuatu yang peribadi buat mereka.
Katanya, dia tidak mahu timbul sebarang perselisihan faham pada masa akan datang sekiranya dia terlalu berkongsi mengenai komunikasi antara mereka. Kita tak tahu di masa akan datang jika timbul perselisihan faham atau masalah. Saya tak mahu benda ini kembali menjadi bualan umum.
Apa-apa saja komunikasi yang kami buat, mengenai anak-anak, semuanya kami akan simpan untuk kami sendiri selesaikan. Diana berkata, dia juga menjaga rasa hormat di antara mereka. Dia memiliki nama besar. Orang hormat dia dan saya. Saya tak mahu perkara itu membuatkan orang rasa hilang hormat kepada kami.
Kalau ada cerita-cerita dari luar, saya akan ambil langkah untuk tak bercakap banyak mengenainya. Ini kerana semuanya akan bagi kesan kepada anak-anak dan keluarga. Kalau kami berhubung balik atau apa, biarlah secara tertutup,” katanya. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 21 Ogos lalu mengeluarkan perintah hak penjagaan penuh Muhammad dan Nur Aurora kepada Diana.
Farid dan Diana sah bercerai dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.