Pengasas bersama syarikat OceanGate, Guillermo Sohnlein menyatakan dalam satu temu bual bahawa dia kini menyasarkan untuk menghantar manusia ke planet Zuhrah menjelang 2050, lapor laman berita Wion News semalam.
OceanGate yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah syarikat sama yang menghantar sebuah kapal selam buatannya, Titan untuk menyaksikan bangkai Titanic sebelum ia meletup di dasar Lautan Atlantik pada Jun lalu. Insiden itu mengorbankan nyawa kelima-lima penumpang yang menaikinya.
Dalam satu temu bual dengan laman berita Insider, Sohnlein, yang juga pengasas dan pengerusi Humans2Venus berkata, dia berharap syarikat baharunya boleh menghantar kira-kira 1,000 manusia ke Zuhrah, yang merupakan planet paling panas dalam sistem suria.
“Menghantar manusia ke Zuhrah adalah satu aspirasi, tetapi saya fikir ia boleh dilakukan menjelang 2050,” katanya. – Agensi. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.