Tindakan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang membuat keputusan untuk tampil imej baharu tidak berhijab awal tahun ini masih menjadi bualan warganet. Mana tidaknya, setiap hantaran yang dikongsikan olehnya masih menerima kritikan dan perkara tersebut seolah-olah belum menemui titik noktah. Baru-baru ini, wanita berusia 21 tahun itu ada memuat naik dua foto di Instagram menunjukkan gambar lama dan terkini bersama rakan baiknya yang dikenali dari tahun 2005.
Imej perbandingan tersebut memaparkan gambar zaman persekolahan mereka ketika manis berhijab manakala gambar terkini menunjukkan wajah ‘glow up’. Namun begitu, warganet lebih tertarik dengan kapsyen ditulis oleh Anis yang mendakwa seolah-olah mempunyai mesej tersirat serta mengaitkan isu membuka tudung. “Sebab apa? sebab boleh dik,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan mesej berbentuk teguran serta memetik nama Haqiem meminta supaya menasihati isterinya.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri itu kemudian dilihat bertindak menukar kapsyen baru selepas menerima kritikan tanpa henti daripada warganet. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.