Desas desus mengatakan pelakon Zarina Anjoulie sudah kembali bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya terjawab selepas aktres itu mengesahkan mereka telah kembali bercinta. Pengakuan tersebut dilakukan Zarina menerusi hantaran di Instagram miliknya selepas dia memberi amaran kepada wanita di luar sana agar tidak menganggu kekasihnya itu. “Kepada perempuan yang acah-acah tidak mahu lelaki kaya, tolong berhenti kacau bf (kekasih) saya ya. Sebelum saya screnshoot satu persatu minah (perempuan) yang berangan nak jadi Datin, baik sedar diri dan berhenti menggatal dengan dia (Kahzrul). Duit dia untuk saya seorang sahaja.”
Dalam hantaran sama, Zarina atau mesra dengan sapaan Anju turut memuat naik foto bersama kekasih hatinya serta anak lelakinya Mateen.Terdahulu, Anju mengakui sebab dia kembali ‘rujuk’ dengan bekas tunangnya adalah disebabkan status kewangan yang kukuh. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.