Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mendakwa pernah dilayan dengan buruk malah dihina oleh bekas suami, Mohd Zaiza. Dihina, disuruh tidur beramai-ramai Menerusi perkongsian di TikTok, Sofia berkata bekas suaminya itu tiada hak untuk memanggil dirinya dengan gelaran yang kurang sopan. Malah, Sofia turut mendakwa, keluarga bekas suami mengendahkan kesusahan yang dialaminya
“Wahai Mohd Zaiza Zainal Abidin, awak tak ada hak nak panggil saya sundl bbi atau anjing. Sndl bbi anjing ini lah yang banyak berkorban menyara awak dan anak-anak. Dia mengaku sendiri satu keluarga dia gelakkan saya dengan kesusahan kesulitan saya. Tak mengapa, gelaklah dan berpesta lah kerana hari kalian akan tiba. Anak-anak itu semua cerminan orang tua.” Dalam perkongsian sama, Sofia berkata dia mempunyai segala bukti untuk mendakwa bekas suaminya telah berlaku jahat terhadap dirinya.
Malah, Sofia turut menafikan keluarganya ada masuk campur dalam konflik yang berlaku. “Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya. Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat. Tidak pernah sekalipun adik beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yang berlaku apalagi mereka bukan Islam. Mohon jangan buat yang bukan Islam berasa ragu serta berpandangan negatif dengan agama Islam yang sebenarnya sungguh mudah dan indah. Tunjukkan lah contoh yang baik. Sekurangnya saya tiada, saya tak menyesal kerana dah berjuang.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendakwa bekas suaminya telah meminta beberapa orang untuk meniduri dirinya di hadapan umum. “Cerita disini bukan nak aibkan, kerana setengah mti saya pernah dibuat nya dan dibawanya JAIS ke rumah saya namun sia-sia. Sungguh hitam hati awak. Sampai begitu sekali. Awak suruh anggota meniduri saya beramai-ramai di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan orang ramai. Jahat sungguh.” Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memkl dan melukakan bekas isterinya, Suzur Sofia.
Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.