Seorang pegawai perubatan perubatan yang juga pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih mesra disapa Dr. Malar meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap segelintir pelajar lebih cenderung memilih menjadi TikTokers dan YouTuber. Menerusi hantaran di platform Facebook, Dr Malar menegaskan bahawa ia (TikToker, YouTuber) bukanlah suatu pekerjaan sebenar kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang stabil. Dr Malar berkata, dia meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan pendiriannya mengenai isu ini, terutama ibu bapa dan guru.
“TikTokers bukan satu pekerjaan!! Ya, itu pendirian saya. Saya minta maaf kalau ada ibu bapa yang tak setuju atau pun ada cikgu yang tak setuju. Tapi saya berpegang teguh dengan pendirian ini iatu menjadi TikTokers bukanlah satu pekerjaan,”tegasnya. Difahamkan, pegawai perubatan itu meluahkan pandangan peribadi selepas melihat ramai pelajar lebih berminat menjadi pempengaruh semasa mengendalikan ceramah di sebuah di Ampang. “Hari ini saya memberi ceramah kesihatan di sebuah sekolah di Ampang. Maka dikesempatan itu, saya bertanya adik-adik Tingkatan 3 tu semua.
Siapa nak jadi doktor?” Adalah dalam lima hingga enam orang angkat tangan. “Siapa nak jadi engineer?” Dalam dua hingga tiga orang angkat tangan. “Siapa nak jadi cikgu?” dalam empat hingga lima orang angkat tangan. “Saya rasa pelik sangat sebab jumlah pelajar adalah lebih kurang 200 orang. Jadi dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya, “Korang semua nak jadi apa?” Masing-masing menjerit sesuatu dan saya tak berapa dengar apa yang mereka sebutkan. Tapi saya macam dapat tangkap beberapa perkataan.
“Maka saya tanya, “Siapa nak jadi TikToker?” Suku dewan tu angkat tangan, terutama perempuan yang duduk di belakang. “Siapa nak jadi YouTuber?” lagi suku dewan angkat tangan, kali ini lelaki majoriti. Saya tergamam jap!”luahnya. Beliau juga mendedahkan realiti sebenar sebagai pempengaruh media sosial selain menjadikan Khairul Aming sebagai contoh terdekat dengan mengatakan influencer tersebut memiliki pekerjaannya yang stabil dan hala tuju berserta ilmu. Dedah Dr Malar, anak-anak muda perlu melupakan impian mereka untuk menjadi pempengaruh sekiranya memasang impian untuk hidup mewah seperti mana ditayangkan di media sosial.
“Yang berniaga di TikTok tu adalah usahawan macam Khairulaming. Itu bukan TikTokers namanya, mereka adalah businessman. Yang berniaga, boleh gunakan platform seperti TikTok dan juga Facebook untuk menjana sales. “Yang bekerja, boleh guna platform sebegini untuk side income. Tapi, kalau nak hidup dengan menjadi TikTokers sepenuh masa, hidup anda akan dipenuhi dengan ketidakstabilan. Sekejap income tinggi, sekejap langsung tiada pendapatan berbulan-bulan. Tak cukup dengan itu, realiti sebenar kehidupan influencers adalah kehidupan terkapai-kapai sebab banyak pihak akan minta review free, pergi fashion show for free, jadi model free, buat content free dan macam-macam lagi.
“Nampak macam mereka hidup mewah dan gembira, tapi hakikatnya mereka sendiri penat sebab asyik duk bagi free review, yang berbayar tak datang jua. Dia macam tunggu bulan jatuh ke riba jugak lah. Jadi, menjadi TikToker ni bukan satu pekerjaan atau pun dengan kata lain, bukan pekerjaan stabil, bukan satu profession yang boleh memberi kestabilan berpanjangan,”ujarnya lagi. Oleh itu, beliau berharap agar golongan muda pada masa kini untuk keluar menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebanyak yang mungkin selain mencari pekerjaan yang boleh menjana sumber pendapatan stabil.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.