Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil berpendapat tidak salah sekiranya ada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di usia yang muda. Menurut Imran, perkara utama untuk mendirikan rumah tangga adalah seseorang itu perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. “Pada pandangan saya tiada masalah pun jika seseorang itu ingin kahwin di usia yang muda mahupun berumur. Apa yang penting adalah dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab.
“Kalau umur dia baru sahaja 19 tahun tapi sudah bersedia dari setiap sudut, saya bersetuju sahaja dia berkahwin.” Imran berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Tambah penyampai radio Hot FM itu, antara aspek yang perlu dititikberatkan adalah fizikal, kewangan dan spiritual. “Perlu bersedia dari tiga aspek iaitu kewangan, fizikal dan spiritual. Spiritual itu adalah iman, niat untuk berkahwin. Jadi untuk berkahwin kena jaga niat untuk agama dan meramaikan lagi keturunan Nabi Muhammad iaitu orang Islam. Bukan sebab keinginan semata-mata.” Pada 10 September lalu, Imran atau nama sebenarnya atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, selamat bergelar suami kepada pempengaruh media sosial iaitu Dahlia Rizal, 22.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.