PELAKON Lana Nodin mendedahkan keluarga mentuanya di Amerika Syarikat cukup menyukai juadah Melayu sehingga mereka membuat pelbagai permintaan setiap kali dia pulang untuk bercuti di negara itu. Lana atau Mazlina Hasan Nodin, 45, berkata, hidangan kegemaran keluarga mentuanya termasuklah ayam kunyit, nasi lemak dan menu wajib daging masak merah. “Permintaan daripada keluarga mentua, masakan Melayu. “Kalau balik kampung suami, wajib masak daging masak merah, ayam kunyit dan nasi lemak,” katanya.
Lana berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya. Pelakon itu yang kini berada di Amerika turut memuat naik video dia sedang ligat memasak di dapur pada Selasa. Antara menu yang sedang dimasak Lana termasuklah daging masak merah dan gulai masak lemak. Dalam pada itu, Lana berkata, usaha ‘meracun’ keluarga mentuanya tentang kehebatan dan keunikan makanan tempatan berjaya sehinggakan dia tidak menang tangan memasak di dapur. Malah kata Lana, tekak mereka juga sudah bertukar seperti orang Melayu namun dia gembira apabila mereka menyukai masakan tempatan.
“Mereka dah berkenan masakan Melayu fasal saya dah racun mereka dengan kesedapan makanan Melayu kita. “Dah jadi tekak Melayu… Mula-mula si suami, sekarang satu keluarga mentua,” katanya. Untuk rekod, Lana berkahwin dengan Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 7 dan William Daud Mckienzie, 4 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.