Pengakuan adik lelaki kepada Shila Amzah iaitu Amir Shafiq yang mendedahkan dia tidak bekerja selama lebih empat bulan demi menjaga ibu bapanya yang ketika itu masih bersama mengundang kritikan warganet. Menerusi perkongsian di TikTok, Shafiq berkata dia dan adik perempuannya iaitu Syada Amzah sanggup mengorbankan masa demi membawa ibu bapa mereka berubat di merata tempat. “Aku dengan Syada ini yang korbankan kerja kita orang, masa kita orang, sampai aku empat bulan lebih kot tak kerja sebab nak jaga mak abah bawa pergi berubat sana sini waktu itu. Mana kau Shila?” kata Shafiq.
Rata-rata warganet mempersoalkan selama Shafiq dan Syada tidak bekerja, siapa yang membayar segala keperluan dalam rumah mereka. “Mak dia sakit apa sampai dia tak boleh keluar bekerja? “Adik Shila ini tak dapat kerja sampai empat bulan? Duit belanja empat bulan dapat mana ya? “Terpaling sayang mak sampai empat bulan tak kerja. Hanya nak tanya monthly bil siapa bayar ya kalau tak kerja,” komen warganet. Dalam pada itu, Shafiq turut memaklumkan ibunya iaitu Fauziah Sarman bakal mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaannya pernah dimaki oleh Shila.
“Mak saya akan keluarkan kenyataan dia berkenaan Shila mki hamun dia dan hina kami semua kat rumah ni. Kami ada bukti. Jadi pada warganet semua aku minta tolong sangat-sangat jangan salah faham dengan apa yang aku cakap,” katanya. Malah Shafiq turut menegaskan dia dan Syada terpaksa bersuara bukan disebabkan penjualan rumah sebaliknya sikap biadab kakaknya terhadap ibu mereka.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.