NAMANYA kerap disalah guna individu tidak bertanggung jawab untuk tujuan penipuan atau scammer, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu. Aisar, 23, berkata, laporan itu dilakukan bagi membersihkan namanya yang terjejas teruk selepas dituduh menipu orang ramai. Dalam masa sama, Aisar berharap tiada mana-mana pihak terpedaya dengan taktik yang dilakukan scammer iaitu mengajak orang ramai membuat pelaburan dengan nilai yang rendah dan mendapat pulangan berganda.
“Saya buat laporan polis sebab saya tengok sekarang ini terlalu banyak orang guna nama saya untuk tipu orang dengan menawarkan servis bayar RM1,000 dapat pulangan RM60,000. Bayar RM2,000 dapat RM90,000 dan sebagainya. Ini menjejaskan nama saya dan membuat nama saya buruk. Benda ini kalau saya berdiam, ia tidak akan habis sampai bila-bila. “Tahun lepas saya dah pernah buat laporan, tetapi masih ramai lagi yang kena. Jadi, saya buat laporan ini untuk bagi kesedaran sekali lagi,” katanya.
Sebelum itu, Aisar menerusi media sosial miliknya memuat naik satu hantaran mengenai laporan polis dibuat berhubung penggunaan namanya tanpa kebenaran yang dilakukan oleh scammer. Laporan polis tersebut dibuat oleh Aisar pada Isnin lalu. Dia turut menganggarkan seramai 100 hingga 1,000 orang telah ditipu oleh skim berkenaan. “Saya yakin lebih daripada 100 orang yang kena scam mencecah 1,000 sebab benda ini sudah lama. Saya diam sahaja dulu, kemudian makin lama saya makin panas sebab itu saya buat laporan,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.