Kalau korang banyak luangkan masa di TikTok kebelakangan ini, korang mesti pernah dengar lagu yang dinyanyikan oleh para jururawat dalam sebuah majlis di dalam dewan. Bukan hanya menyanyi, kesungguhan para jururawat ini menari sambil menyanyi lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethophia’ telah menjadi perhatian warganet. Semalam, seorang influencer di TikTok yang bernama Zhiddin Aziz mendedahkan maksud hiperbola dalam bait lirik lagu tersebut. Cuba korang perhatikan lirik lagu ini, ada disebutkan tempat seperti Gunung Fujiyama dan Puncak Himalaya tetapi apa perbezaan penggunaan kata ‘gunung’ dan ‘puncak’ untuk kedua-dua tempat tersebut? Klik sini untuk lihat video.
Menurut Zhiddin, maksud puncak itu sendiri tidak sama dengan gunung. Puncak bermaksud bahagian yang tertinggi yang mana di Puncak Himalaya terdapat pelbagai gunung seperti Gunung Everest, Gunung Makalu dan lain-lain. Dalam video tersebut, banyak bahagian yang dinyanyikan oleh jururawat wanita sedangkan bahagian jururawat lelaki hanyalah sepatah dua kata. Ia membawa maksud sifat wanita itu sendiri yang suka berkata-kata sebaliknya lelaki hanya menggunakan satu perkataan tetapi mampu mencarikan hati wanita.
“Lelaki ni sempoi je. 10 patah perempuan tanya, lelaki jawab sepatah je dan sepatah yang di jawab tu mampu mencairkan kalbu pasangan.” Dalam video itu juga, jururawat wanita menyebut perkataan ’emas permata’ manakala jururawat lelaki menyebut ‘intan berlian’ yang mana nilainya lebih mahal jika dibandingkan dengan emas permata. “Perempuan sebut gemerlap dunia yang bermaksud kemewahan dunia seperti rumah mahal, kereta mahal.. tetapi lelaki jawab bintang-bintang bermakna ia lebih mahal dan tidak ternilai.”
Di akhir video, Zhiddin menyimpulkan bahawa maksud hiperbola dalam bait lagu mesti dipelajari untuk memahami keindahan Bahasa Melayu. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan keindahan maksud lagu-lagu zaman dahulu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.