Tak takut terjejas kontrak dengan jenama antarabangsa, Nadhir Nasir lantang sokong Palestin

Ramai selebriti dari dalam dan luar negara menunjukkan solidariti terhadap Palestin yang kini sedang dalam peperangan dengan Israel. Antara selebriti yang mendapat perhatian dunia termasuklah model ternama Bella Hadid serta penyanyi pop Dua Lipa. Tidak kurang juga di Malaysia ramai artis yang menyuarakan sokongan terhadap Palestin, namun antara yang paling menarik perhatian ialah pelakon baru yang kian mencanak naik iaitu Nadhir Nasar. Pelakon drama siri Project: High Council itu berkata dia tidak takut jika kelantangannya dalam menyokong Palestin itu bakal menyebabkan terjejasnya kontrak dengan mana-mana nama besar, termasuklah jenama fesyen antarabangsa.

“Kalau ada pihak rasa takut diboikot oleh mana-mana jenama dari negara Barat, bagi saya itu hanya sementara sebab semua yang kita miliki ini pinjaman sahaja. Rezeki tu datang dari Tuhan. Saya ada platform dan pengaruh dalam media sosial, ini kelebihan yang perlu digunakan sebagai seorang selebriti bagi menyebarkan kesedaran. Jadi, jangan sesekali takut hilang punca rezeki,” katanya. Malah, pelakon berusia 27 tahun itu melihat solidaritinya itu sebagai jihad kecil yang mampu dilakukannya sebagai seorang Muslim.

“Apa lagi yang boleh saya buat untuk rakyat Palestin? Kalau nak pergi berprng di sana sekalipun, adakah iman saya sudah cukup kuat untuk bertempur dan menyelamatkan mereka? Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana dan buat apa yang termampu. Sekarang, kita perlu pilih pihak mana yang hendak disokong. Kalau sudah pilih sokong pihak mana, kekal sahaja di situ,” tegasnya. Video berdurasi 1.15 minit itu sudah pastinya mendapat perhatian warganet dan ramai yang kagum dengan kelantangan aktor muda itu.

Sebagai info, selain Nadhir antara selebriti yang mempertahankan Palestin termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Daiyan Trisha serta ikon sukan Dato’ Azizulhasni Awang. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version