Perniagaan hampir nak gulung tikar, founder bengang bila pekerja yang dia paling percaya ambil duit syarikat hampir RM400k

Disebabkan terlalu mempercayai pekerjanya sendiri, seorang usahawan atas talian dipercayai jatuh miskin selepas wang syarikat kepunyaannya disonglap sebanyak RM400,000. Lebih teruk, syarikat yang diusahakan atas usaha titik peluhnya mengalami kerugian besar dan hampir gulung tikar disebabkan perbuatan khianat pekerjanya itu. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, usahawan bernama Puteri Kasim atau lebih dikenali sebagai Mommy PK itu menjelaskan bahawa perbuatan khianat itu mula terbongkar selepas suami kepada pekerjanya itu mendakwa wanita berkenaan meminta untuk dilepaskan selepas mempunyai banyak duit. Klik sini untuk lihat video.

Suaminya itu berasa hairan kerana syarikat kepunyaan Mommy PK sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat teruk. “Macam mana boleh kantoi? Dia adalah personal assistant (PA) merangkap pengurus syarikat saya. Korang bayangkan di saat saya susah dia boleh pula beli rumah, beli kereta. Padahal saya dah nak tutup syarikat dah ni. Benda khianat dia ni tak akan terbongkar, tak akan terbuka kalau dia tak minta pisah dengan suami dia. Tapi Allah nak tunjuk kan? Jadi suami dia tak nak lepaskan dia sebab nak pulihkan hubungan rumah tangga.

Saya pun jumpa suami dia dan apa yang suami dia cakap ialah, ‘Saya ni peliklah mana dia dapat duit banyak macam ni, dia mula berubah lepas dia ada banyak duit’.” Selepas mendengar penjelasan dari suami pekerjanya itu, Mommy PK terus mengambil semula telefon syarikat yang dipegang dan dari situ segala rahsia mula terbongkar. Setelah diselidiki, pekerja usahawan itu didakwa mencuri wang hasil jualan jamu yang diusahakannya. Sementara itu, Mommy PK mendedahkan bahawa pekerjanya itu sanggup menipu segala maklumat di dalam resumenya untuk mencari pekerjaan baharu selepas ambil hampir RM400,000 wang syarikat menerusi ciapan yang dibuatnya di aplikasi X.

“Dia dah buat resume baru, siap tipu nombor telefon HR lagi, dia punya keberanian tu aku memang tabik. Kalau aku kat tempat dia, benda dah viral macam ni aku tak boleh bernafas dah, kau memang luar biasalah.” Tambah usahawan itu lagi, dia tidak percaya dikhianati oleh individu yang sangat dipercayai. Menurutnya, dia menyerahkan segala tugas kepada pekerjanya itu selepas dirinya mengalami gejala sakit dipercayai akibat disihir. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihatkan Mommy PK untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang dan meminta agar pekerjanya itu membayar semua ganti rugi yang telah digunakannya.

Mereka juga menitipkan ucapan buat usahawan itu untuk terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version