Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini memaklumkan bahawa kerajaan kini dalam perancangan untuk melancarkan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam. Katanya, sistem pembayaran terbuka sudah menjadi trend global yang telah dilaksanakan di banyak bandar utama seperti London, Sydney dan Singapura. Sehubungan itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan sistem rangkaian Komuter KTMB di Lembah Klang kini sedang dinaik taraf dengan sistem pembayaran terbuka yang dinamakan Automatic Face Collection (AFC).
Loke menegaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf itu sudah hampir selesai dan akan beroperasi mulai pertengahan November, di mana semua 57 stesen KTMB di Lembah Klang. Pengguna boleh menggunakan kad kredit, kad debit, Touch ‘n Go dan juga kod QR melalui aplikasi mudah alih KTMB. Menurutnya, keseluruhan projek ini menelan kos sebanyak RM29 juta. Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa sejak awal 2023, Prasarana telah mula merancang untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini di rangkaian relnya di Lembah Klang dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025.
Pada masa ini, Prasarana sedang memuktamadkan pelan pelaksanaan ini ke Rapid Rail yang merangkumi LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, MRT Kajang, MRT Putrajaya dan Monorel. Menurutnya, sistem baru ini akan memperkenalkan penggunaan MyDebit dan Kad Kredit sebagai mod pembayaran tambahan di gantri selain kaedah pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch-n-Go atau token. “Kerja-kerja ‘Design and Development’ dijangka mula pada Mac 2024. Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka. Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap.”
Jelasnya lagi, sekiranya perlu, sistem ini akan terus diperkembangkan dengan membolehkan penggunaan mod pembayaran yang lain seperti Kod QR dalam fasa pelaksanaan seterusnya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.