PENYANYI rap Altimet masih menerima pelbagai undangan persembahan pentas meskipun kini sibuk dengan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Ampang sejak tiga bulan lalu. Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, bagaimanapun berkata, dia nekad dengan keputusan bersara dari bidang seni dan ingin memberi tumpuan kepada suara rakyat. “Tugas sebagai wakil rakyat sesuai dengan naluri saya buat masa ini sebab mahu berkhidmat kepada mereka.
“Pada mulanya memang ada tawarkan saya persembahan pentas tetapi sekarang sudah tidak ada sebab saya letak harga tinggi sebagai cara halus menolak. Sekarang sudah tidak ada undangan, mungkin sebab mereka sudah putus asa dengan saya,” katanya. Dalam pada itu, Altimet berkata, dia tidak merindui karier lamanya sebagai seorang penyanyi rap dan menyifatkan ia sekadar pekerjaan yang sudah ditinggalkan. Sebaliknya katanya, dia kini mahu memberi keutamaan kepada suara dan keperluan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepadanya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) pada 12 Ogos lalu.
Untuk rekod, Altimet berjaya menumpaskan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin dengan majoriti 6,320 undian di Lembah Jaya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.