SELEPAS pemergian penyanyi Suhaimi Saad Rabu lalu, tular sebuah video Allahyarham bercerita mengenai kisah percintaannya dengan isteri iaitu Ina Naim. Menerusi rakaman video berkenaan, Suhami mendedahkan isterinya Ina Naim, 39, terlebih dahulu jatuh hati kepadanya sewaktu di awal perkenalan mereka. Suhaimi memberitahu dia bersyukur Ina jatuh hati kepadanya bukan disebabkan harta tetapi ilmu agama dimilikinya. “Ina terus terang beritahu dia suka kepada saya. Bukan saya melamar Ina, dia yang melamar saya dan kemudiannya saya pergi masuk meminang.
Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi lihat kebaikan yang ada pada saya. “Pandai solat, mengaji… Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu kekayaan, dia tak akan pilih saya,” katanya. Rakaman yang tular itu adalah daripada video siaran langsung yang dibuat Allahyarham di Tiktok miliknya sebelum ini. Dalam pada itu, Suhaimi dalam video sama turut memberitahu dia menyimpan perasaan terhadap Ina dan menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang baik dan lemah lembut.
Dia bukan wanita materialistik, tak pandang harta. Dia memang betul-betul ikhlas sebab saya ini tiada apa-apa. Saya beritahu dia terus kepadanya saya memang suka kepadanya. Dia seorang yang baik, lembut. Saya katakan padanya kita kawan dulu dan kalau ada jodoh kita kahwin,” ujarnya. Suhaimi turut menceritakan detik perkenalan mereka sewaktu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama.
Pada ketika itu, Ina memintanya untuk memegangkan beg dan selepas kejadian itu mereka mula bertukar nombor telefon. “Sampai dekat tempat show memang ada tiga artis saja. Saya, Ina Naim dan kumpulan kebudayaan ghazal. Ina buat persembahan dulu. Tahu tak masa dia nak pergi menyanyi tu dia tanya abang Emi (Suhaimi) boleh tak tolong pegangkan beg Ina? Saya ni dengan bersongkok nak tolong pegangkan beg tangan… Dah la kau (Ina) bukan bini aku. Saya pula yang kena jaga beg dia.
Balik dari show itulah baru kami bertukar nombor telefon. Masa tu pakai kad (bisnes kad). Bila dapat nombor telefon Ina Naim rasa teruja seolah-olah dapat nombor Siti Nurhaliza,” katanya. Rabu lalu, Suhaimi pergi menghadap illahi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu sekitar pukul 7.42 malam di sisi isteri dan empat anak mereka. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 4 November lalu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Untuk rekod, Suhaimi dan Ina melangsungkan perkahwinan pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.