Ada yang cakap dia bermewah tapi abaikan kebajikan pekerja, Shuib dedah gunakan wang pendapatan lain untuk gerakkan Bubble bee

Sebelum ini kecoh di media sosial, penyampai radio juga pengasas syarikat minuman Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut Harian Metro, isu tersebut sudah pun selesai setelah dia berhubung dengan para pekerja dengan memberi memo dan kiriman e-mel mengenai status pembayaran KWSP. Namun, dalam sesi interview oleh Utusan Malaysia Digital baru-baru ini, Shuib mendedahkan dirinya sudah setahun tidak bergaji dengan syarikat Bubble Bee.

Dalam sesi interview tersebut, Shuib menjawab persoalan warganet yang menganggap dirinya bermewah tetapi mengabaikan kebajikan pekerjanya. Shuib berkata, dirinya sendiri perlu bekerja seawal empat pagi sebagai penyampai radio. “Saya bukan buat Bubble Bee je, saya bangun empat pagi ye sebagai penyampai radio. Alhamdulillah, saya juga jadi duta untuk beberapa produk. Maksudnya, sumber kewangan saya daripada sumber lain juga. Namun, dia juga memberitahu selama setahun dia tiada gaji di Bubble Bee dan hanya membuat marketing percuma sahaja untuk syarikat tersebut.

“Setahun takde gaji dekat Bubble Bee. Setahun saya buat marketing for free untuk Bubble Bee sebab saya owner Bubble Bee. Saya kena fight Bubble Bee sampai habis.” Selain itu, Shuib menafikan dirinya hidup bermewah tetapi sumber rezekinya dari tempat lain digunakan untuk menggerakkan perniagaannya itu, “Sebenarnya, rezeki dari tempat lain yang saya dah bawa masuk dalam Bubble Bee hanya untuk melihat Bubble Bee bergerak.” Dia juga bersyukur kerana diberi rezeki daripada pelbagai sumber lain dan telah menyalurkan hampir tujuh angka ke dalam syarikat Bubble Bee.

“Rezeki saya dari tempat lain, saya bawa masuk dalam Bubble Bee dan amaun almost seven digit. Walaupun kita dalam keadaan yang tak berapa baik, tapi just to make sure diorang ada gaji, ada kehidupan.” Akhir sekali, Shuib berkali-kali memberitahu dirinya tidaklah bermewah seperti yang dilihat oleh orang lain dan bisnesnya juga semakin meningkat. Dia juga beranggapan kritikan yang diterima itu sebagai semangat untuk berjaya dalam bisnes. “Dalam bisnes, ada silap kita kena betulkan, kena buat penambah baikan. Jangan bila ada silap, kita melenting dan rasa orang nak jatuhkan kita.”

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version