Penyanyi Wany Hasrita akhirnya terbuka untuk berkongsi wajah puteri sulungnya iaitu Aishah Al Iman kepada umum. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung suaminya di Kuching, Sarawak. “Semalam, saya balik ke Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. MasyaAllah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.
Terus go high pitch. Alhamdulillah, walaupun sangat mencabar, tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu. Kita dah la jenis cepat nervous. Alhamdulullah Aishah, kita dah sampai Kuching, sekarang ibu nervous nak bawa Aishah balik KL pula.” Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama yang diberi nama Aishah Al Iman secara normal pada pukul 7.14 petang. Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.