Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali sebagai Alif Satar merupakan seorang selebriti serba boleh yang berbakat dalam bidang nyanyian, pengacaraan serta lakonan. Bukan itu sahaja, Alif Satar juga merupakan seorang yang sering menggunakan media sosialnya untuk memberikan pengetahuan tentang senaman serta kecergasan. Terbaru, juga menggunakan media sosial, pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu memulakan satu inisiatif yang dipanggil Geng Subuh Macam Jumaat di mana dia menyeru pengikutnya di media sosial untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, Alif juga berkongsi di Instagram miliknya video dan gambar yang memaparkan suasana solat Subuh di Masjid Bukit Damansara selepas dia mengumumkan berkenaan inisiatif tersebut. Inisiatif yang dilakukan oleh pengacara itu disambut baik oleh para warganet dan rata-rata memujinya serta kagum dengan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang diterajunya itu. Selain itu, menerusi kapsyen dalam posting yang sama, Alif turut mengajak pelajar-pelajar sekolah untuk turut serta dengannya dalam solat Subuh secara berjemaah untuk mendapat ‘ganjaran’.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.