Umum mengetahui mengenai tuntutan perpisahan yang dibuat penyanyi Adira Suhaimi terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu baru-baru ini. Terbaharu, Adira tetap bertegas dengan pendiriannya untuk mengakhiri rumah tangganya itu dan menganggap ia sebagai jalan penyelesaian terbaik. Namun begitu, pelantun lagu Milik Kita itu menyatakan bahawa dia tidak menghalang suaminya untuk berjumpa dengan anak-anak malah Datuk Red selalu datang ke rumah untuk bertemu.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet ialah apabila ada individu wanita yang mengaku sebagai bekas isteri pertama Datuk Red tinggalkan komen mengenai perkara yang pernah dilaluinya. Kata wanita yang dikenali sebagai Hana itu Datuk Red hanya menjenguk anak-anaknya sekejap sahaja selepas mereka telah bercerai. “Jenguk sekejap je tu, macam dulu dia jenguk anak sulung dan anak kedua kami ,” komen wanita itu. Terdahulu, Adira telah memfailkan pisah kali pertama di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 1 April 2019.
Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki empat orang anak iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1. Menerusi perkahwinan pertama Datuk Red dengan Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka mempunyai lima orang anak. Bukan itu sahaja, Datuk Red juga pernah berkahwin pada usia 20 tahun namun berpisah selepas lima tahun dan dikurniakan dua orang anak.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.